Pemantapan Solat
Ustazah Pabiah Hj Maming
Kuliah Fiqh
Maksud Solat
- Dari segi bahasa :
Berdoa untuk kebaikan. Sebagaimana Firman Allah s.w.t :
"وَصَلِّ عَلَيْهِم إِنَّ صَلُّۈ تِكَ سَكَنٌ لَهُمۡ"
- Dan berdoalah mereka, sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. ( Surah At-Taubah:103)
- Dari segi Istilah Fuqaha’:
Perkataan – perkataan dan perbuatan – perbuatan tertentu yang di mulai dengan takbiratul Ikram dan diakhiri dengan salam.
Kedudukan Solat dalam Islam
- Solat merupakan ibadat yang tertinggi
- Tiada ibadat yang setanding dengannya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
الصلاة عماد الدين من أقامها فقد أقام الدين ومن تركها فقد ترك الدين
Mafhumnya: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meninggalkan agama.
- Solat juga merupakan ibadat yang terawal diperintahkan oleh Allah pada malam Isra’ Mi’raj tanpa perantaraan malaikat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
- Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah s.w.t, sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w :
اول ما يحاسب عليه العبد يوم القيامة الصلاة، فإن صلحت صلح سائر عمله وإن فسدت فسد سائر عمله
Mafhumnya: Amalan pertama yang akan dihisab keatas seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, jika solatnya elok maka eloklah segala amalannya, jika rosak amalannya maka rosaklah segala amalannya.
- Merupakan wasiat akhir Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya
الصلاة.... الصلاة
- Allah mengaitkan solat dengan ibadat – ibadat lain :
- Dengan zikir
إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر ولذكر الله أكبر و أتم الصلاة
- Dengan zakat
وأ قيموا الصلاة وأتوا الزكاة
- Dengan kesabaran
وأستعينوا بالصبر والصلاة
- Islam amat mementingkan solat dalam apa jua keadaan walaupun dalam keadaan:
- Aman dan takut
- Musafir dan muqim
- Sihat dan sakit
- Islam juga menekankan hukuman yang berat kepada sesiapa yang meninggalkan solat
- Orang fasik iaitu orang yang beragama islam tetapi tidak menggamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah.
- Orang kafir iaitu orang tersebut tahu akan hokum tetapi menafikan hukum tersebut maka kafir lah dia. Contohnya, seseorang itu tahu bahawa solat itu wajib akan tetapi sengaja melakukannya.
- Solat menghimpunkan kelima – lima rukun islam
- Tasyahhud
- Puasa
- Haji
- Zakat masa
- Orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa ingat mati dan bersedia untuk mati.
- Solat tidak boleh diswastakan ( tidak boleh minta orang lain untuk solat melainkan haji)
- Dalam keadaan darurat, dibolehkan untuk melakukan jama’ walaupun bukan musafir. Contohnya berada dalam kesesakan lalulintas.
Hikmat solat
- Mengingati manusia kepada identitinya sebagai hamba Allah s.w.t
- Jangan terlalu leka dengan hal duniawi. Solat dapat memperbaharui ingatan kita sebagai hamba Allah
- Jiwa manusia sentiasa merasakan bahawa tidak ada yang memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah.
- Manusia dapat menggunakan sebahagian daripada masa solat untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w :
أرايتم لو نهرا بباب أحدكم يغتسل منه كل يوم خمس مرات
Mafhumnya: maka yang demikian itu ( mandi lima kali sehari di sungai yang mengalir ) umpama sembahyang lima waktu. Allah menghapuskan kesalahan –kesalahan (dosa) dengan menunaikannya.
- Solat menjadi makanan kepada akidah dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.
- Ibarat pokok yang putus bekalan air, jika kita suka menangguhkan solat.
- Solat mampu mencegah daripada melakukan maksiat dan kemungkaran
إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
Timbul persoalan : kenapa orang yang solat tetapi masih melakukan maksiat dan perkara yang mungkar?
J: kita perlu muhasabah kembali solat kita
Syarat sah solat
- Suci
- Mengetahui masuk waktu solat
- Menutup aurat
- Menghadap kiblat
0 komentar:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment