Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan amal ibadat semoga hidup kita penuh dengan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t, insyallah..

  • RASULULLAH SAW BERSABDA:

"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"

  • Daripada Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
  • Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
  • Daripada hadis diatas dapat dilihat bahawa kelebihan, keistimewaan dan kebaikan di dalam bulan Ramadhan yang mana Allah s.w.t memandang mulia dan meletakkan tempat yang tinggi kepada orang berpuasa. Diantara keistimewaan tersebut adalah mulut orang yang berpuasa berbau harum spt kasturi.
  • Oleh yang demikian, kita hendaklah mensyukuri nikmat yang telah di berikan oleh Allah kepada setiap orang muslim yamg melakukan amal ibadat kepada-Nya lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan tanpa ada sebarang gangguan semasa kita dalam melakukan amal ibadat kepada Allah dengan lebih khusyu' dan tenang. Sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula."Riwayat Tabrani

Huraian :
i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.

Setiap apa yang baik itu datangnya daripada Allah,manakala yang kurang itu adalah daripada diri manusia itu sendiri.

0 komentar:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates

 

Cute Orange Flying Butterfly