Wednesday, December 24, 2008

Kagumnya Mereka Terhadap Al-Quran

Hadith Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa "Al-Quran adalah mukjizat yang dijaga Allah sehingg hari Kiamat dan apabila ada orang yang musyrik membacanya mereka akan kata bahawa al-Quran bukan daripada manusia atau makhluk-makhluk lain”. Hadith Nabi mengenai Al-Quran ini terbukti kebenaran apabila terdapat ramai cendikiawn yang terpesona dengan Al-Quran lalu menganut Islam. Di antara mereka ialah:


Dr. Jefry Lang

Seorang pensyarah dalam bidang matematik di University of Kansas di Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan pada tahun 1954 dalam keluarga Katholik di Bridgeport, Connicticut. Selama 18 tahun beliau menuntut di sekolah Katholik dan pelbagai persoalan tentang ketuhanan dan agama Kristian tidak memuaskan hati beliau.

Menjelang umurnya 18 tahun beliau telah menjadi Atheis. ”Sekiranya ada Tuhan dan Dia amat mengasihanimengapakah wujud penderitaan di dalam dunia ini”. Itulah persoalan yang sering muncul dibenaknya ketika itu.

Sebagai seorang pensyrah muda dalam bidang matematik di University of San Fransisco, beliau telah menemui Tuhan sebagai satu realiti. Perkara tersebut telah ditunjukkan oleh beberapa orang rakannya yang beragama Islam di universiti. Seorang rakannya telah memberikan kepada beliau senaskah Al-Quran dan beberapa buah buku mengenai agama Islam. Beliau telah membaca Al-Quran secara bersendirian dan beliau telah terpesona oleh Al-Quran.

Menurut beliau, dua surah pertama yang telah dibacanya adalah sangat menarik hati. Apabila beliau ditanya mengapakah dia tertarik dengan Al-Quran sedangkan Al-Quran ditulis dalam bahasa Arab yang asing baginya beliau berkata “Penulis mampu menyebabkan mata sebuah portrait seolah-olah mengekori anda dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi adakah terdapat seorang pengarang menulis satu tulisan yang menjawab persoalan harian anda?”.

”Setiap malam aku akan merumuskan soalan-soalan dan penafian dan akan menemui jawapannya pada hari esoknya.Ia kelihatan seolah-olah pengarang Al-Quran membaca pemikiranku” kata Lang.

Kepada pertanyataan mengapa beliau mendapati bahawa Al-Quran sungguh menawan baginya sedangkan ia ditulis dalam bahasa Arab Lang menjawab, "Mengapakah seorang bayi dapat ditenangkan oleh suara ibunya?”
Beliau berkata membaca Al-Quran dapat member ketengangan jiwa kepadanya dan kekuatan dalan saat-saat beliau menghadapi kesusahan. Kini Dr. Jefry Lang terus melaksanakan tugas sebagai serang daie dengan menulis berbagai-bagai buku dan manyampaikan kuliah Islam.

Antara buku karangan beliau ialah “ Even Angel ask, A Journey to Islam”. Dalam buku ini Dr. Lang berkongsi dengan para pembacanya pandangan-pandangan yang telah membawanya kepada penemuan Islam dan peningkatannya dalam agama Islam.

Yusuf Islam

Yusuf Islam atau Cat Steven seorang penyanyi Inggeris yang sangat terkenal pada tahun 70-an.
Dilahirkan dalam sebuah keluarga Kristian Katholik yang kaya raya kerana perniagaan muzik. Menurutnya, lama kelamaan beliau mengabaikan agama Kristian dan beliau mula menyanyi dan bercita-cita menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Semua yang dilihat difilem-filem dan media mempengaruhi beliau dan beliau berfikir bahawa itulah Tuhannya, dan matlamat untuk mencari wang.

Beliau mempunyai seorang bapa saudara yang memiliki sebuah kereta yang cantik dan berkata, “ Dia telah berjaya. Dia mempunyai wang yang banyak”.

Orang-orang yang berada disekelliling Yusuf mempengaruhinya unutk berfikir itulah matlamat yang sebenar dan dunia ini adalah tuhan mereka. Ketika itu Yusuf telah terpengaruh dan berpendapat itulah cara hidup yang beliau mahukan, iaitu mencari wang yang banyak dan hidup bahagia.

Idolanya ketika itu ialah penyanyi-penyanyi pop. Beliau mula menyanyi dan menulis lagu, tetapi jauh dalam lubuk hatinya beliau berperasaan kemanusiaan dan berkata bahawa sekiranya ia menjadi kaya ia akan membantu orang-orang miskin.

Akhirnya beliau menjadi sangat terkenal dan ketika itu beliau masih lagi remaja tetapi nama dan gambarnya sudah tersebar di seluruh dunia. Menurut Yusuf media telah membesar-besarkan dirinya dan oleh sebab itu beliau sendiri ingin menjadi lebih besar dari hakikat kehidupan itu sendiri dan caranya ialah dengan menjadi tahi arak dan menagih dadah.

Setahun selepas kejayaannya, beliau sakit tenat dan dijangkiti penyakit TB dan telah dimasukkan ke hospital. Pada ketika itu beliau mula mula berfikir apa yang akan terjadi kepadanya. Apakah dirinya hanyalah jasmani semata-mata dan matlamat hidupnya hanyalah untuk memuaskan jasmaninya sahaja?

Beliau menyedari bahawa bala ini merupakan satu rahmat kepadanya daripada Tuhan, iaitu satu peluang untuknya membuka mata. “Mengapakah aku ada di sini? Mengapakah aku berada dikatil ini?”. Beliau cuba mencari jawapannya.

Semenjak itu beliau telah berjinak-jinak dengan pelbagai agama termasuk agama Buddha tetapi agama Buddha bersifat menolak dunia, kemudian agama Zen, Ching, Nemerologi, Tarot, dan Astrologi.

Beliau cuba kembali membaca bible tetapi tidak menemui apa-apa didalamnya. Pada masa itu beliau tidak tahu apa-apa tentang Islam.Kemudian apa yang dianggap oleh beliau sebagai sesuatu yang menakjubkan terjadi. Abangnya telah menziarahi sebuah masjid di Jerusalem dimana ia dipenuhi dengan manusia dan kehidupan sedangkan gereja-gereja dan synagogue (rumah ibadat Yahudi) kosong.

Apabila abangnya datang ke London beliau telah membawakan beliau senaskah Al-Quran terjemahan. Abangnya tidak menganut agama Islam tetapi merasai bahawa terdapat sesuatau dalam agama Islam dan berpendapat bahawa Yusuf Islam juga akan menemui sesuatu dalam agama tersebut.

Dan apabila Yusuf Islam memperolehi Al-Quran beliau telah membacanya dan barulah beliau menyedari bahawasemua nabi diutuskan oleh Tuhan dengan membawa ajaran yang sama.

Inilah keindahan Al-Quran. Ia menyuruh manusia berfikir dan tidak menyembah bulan dan matahari.Apabila beliau terus membaca Al-Quran, ia bercakap tentang doa, kemurahan hati dan kebajikan.Ketika itu Yusuf Islam belum beragama Islam lagi, namun beliau merasai bahawa Al-Quran sahaja yang boleh memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan dan Tuhan telah menghantarkan kepadanya, namun ia masih merahsiakannya. Tetapi Al-Quran berkata dalam pelbagai tingkat. Yusuf Islam baru memehami tingkat yang lain.

Setelah lama Yusuf Islam berjinak-jinak dengan Islam akhirnya beliau mengucap dua kalimah syahadah dihadapan imam besar Masjid Regent Park di London pada tahun 1977 iaitu satu tahun setengah selepas beliau menerima Al-Quran daripada abangnya. Kini Yusuf Islam menjadi seorang pendakwah Islam yang gigih. Beliau telah menubuhkan Sekolah Islam di London dan aktif dalam kebajikan.


Raihana binti Abdul Razak
Timbalan Pengerusi 1
Sekretariat Kerohanian & Perpaduan Kolej Empat Belas
Universiti Putra Malaysia


0 komentar:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates

 

Cute Orange Flying Butterfly