Di sebuah kampung tinggallah seorang lelaki yang telah bertahun-tahun kehilangan isteri.Dengan arwah isterinya dahulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki...semuanya remaja… yang sulung Anis..yang kedua Harben...yang ketiga Amsal…
Antara yang ketiga-tiga..yang paling disayanginya ialah Harben..sayangnya kepada Harben tidak dibenarkannya sama sekali keluar rumah. Si polan ini sayang juga Si Anis...kadang-kadang dibawanya keluar rumah,di bawa ke pekan dan sekitar kampung. Al-maklum anak ketiga iaitu Amsal langsung tidak diendahkannya...jadi merayau-rayaulah si anak ini di sekitar kampung dan sampai ke seberang pulau. Kurus kering dirinya kerana jarang di beri makan.
Hendak dijadikan cerita,raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini mengadapnya. Susah hati si polan ini sebab dirinya telah tua dan terpaksa mengayuh pula selat nak ke pulau itu.
Maka dipanggilnya Harben, “Harben, tolong hantarkan ayah ke pulau seberang. Tuanku raja mengarahkan ayah mengadapnya...boleh ya nak??” apa yang dijawab Harben, “Minta maaflah ayah. Masalahnya Harben tidak pernah keluar rumah jadi macam mana Harben hendak hantarkan ayah ke sana sebab Harben tidak tahu jalan. Kalau mahu Harben hantarkan ayah sampai ke depan pintu sajalah ayah ye??” Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan kerana anak yang disayangi tidak boleh diharap. “Baiklah kalau begitu” ,jawabnya sedih.
Dipanggil pula si Anis. “Anis, tolong hantarkan ayah ke pulau seberang.Tuanku Raja hendak ayah mengadapnya..boleh ye nak??” Apa yang dijawabnya Anis “Minta maaflah ayah. Masalahnya Anis tidak pernah keluar dari kampung ni. Jadi macam mana Anis hendak hantarkan ayah ke sana. Anis tak tahu jalan. Kalau mahu Anis akan hantarkan ayah sampai ke hujung kampung ajalah” Mendengar jawapan si anak maka sedihlah si polan kerana anak yang disayanginya ini juga tidak boleh diharap. “Baiklah kalau begitu” Jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Amsal “Hei Amsal,tolong hantarkan ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap." Lalu Amsal menjawab “Baiklah ayah” tanpa sebarang alasan. Menyesallah dihatinya kerana selama ini tidak menyayangi Amsal.Tetapi dia sanggup melakukan apa sahaja kepadanya.
Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah,Anis menghantar sehingga ke jeti dan Amsal mengikut ayahnya mengayuh perahu. Sedang mengayuh,tidak semena-mena rebut melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan dah tua dan si Amsal kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan….
PENGAJARAN CERITA:
Adapun si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
HARBEN adalah HARTA-BENDA
ANIS adalah ANAK-ISTERI
AMSAL adalah AMAL-SOLEH
Lazimnya manusia sayang kepada HARBEN dan ANIS tetapi tidak pula kepada AMSAL. HARBEN tinggal di pintu pagar dan ANIS tinggal di jeti(tepi kubur). Renung-renungkan kisah ini.
Raihana binti Abdul Razak
Timbalan Pengerusi 1
Sekretariat Kerohanian & Perpaduan Kolej Empat Belas
Universiti Putra Malaysia

1 komentar:
simple but soo....meaningful..tq 4 d story...:)
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment