Ahmad Ismail Yasin, dilahirkan pada tahun 1938 di desa el Jaura pinggiran el Mijdal, selatan Genting Gaza. Melarikan diri bersama keluarganya ke Genting Gaza setelah perang Palestin (nakbah) tahun 1948.
Kenali Syeikh Ahmad Yassin
Mengalami kemalangan semasa mudanya ketika bermain, menyebabkan beliau cacat seluruh anggotanya dan lumpuh sepenuhnya. Dia hanyalah seorang lelaki lumpuh yang membangun idea perlawanan hingga menjadi seseorang yang tidak pernah mengenal erti kekecewaan dalam keadannya sedemikian. Seorang yang mewakafkan hidupnya untuk Islam.
Baginya seluruh detik dalam kehidupannya adalah untuk Islam dan pembebasan bumi Palestin. Beliau berdakwah dan menyampaikan kuliah-kuliah pengajian, mengingatkan manusia kepada akhirat dan memberikan kesedaran tentang tanggungjawab mereka untuk berjihad membebaskan bumi Palestin. Beliau telah menyedarkan anak muda Palestin untuk bangkit menentang kekejaman rejim Zionos yang telah merampas tanahair mereka secara zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Beliau yang lumpuh seluruh tubuh telah mengajar dan membuktikan kepada dunia bahawa kekuatan yang sebenar bukanlah terletak kepada fizikal semata-mata tetapi ia sebenarnya terletak pada kekuatan aqidah, iman, rohani dan keyakianan kepada bantuan Allah swt.
Perjuangan Untuk Islam
Pada tahun 1983, Syaikh Ahmad Yasin ditangkap rejim Imperialis Israel atas tuduhan memiliki senjata, membentuk pasukan tentera dan menggesa supaya menghapuskan kewujudan Negara Yahudi. Beliau dijatuhkan hukuman di hadapan Mahkamah Tentera Zionis dengan 13 tahun penjara.
Pada tahun 1985, beliau dibebaskan dalam rangka pertukaran tawanan di antara pihak rejim Imperialis Israel dengan PFLL (Barisan Rakyat untuk Pembebasan Palestin) - Pimpinan Umum, setelah merengkok 11 bulan di dalam penjara rejim Imperialis Israel.
Pada 16 Oktober 1991, mahkamah tentera Imperialis Israel menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ditambah lagi 15 tahun, setelah dikemukakan dakwaan kepada Sheikh dengan senarai yang merangkumi 9 perkara. Di antaranya menggesa (provokasi) penculikan dan pembunuhan ke atas tentera-tentera Israel, mengasaskan Gerakan Hamas serta dua sayapnya, ketenteraan dan Keselamatan.
Di samping menderita kelumpuhan sepenuhnya, Sheikh Ahmad Yasin juga menderita beberapa penyakit lain. Di antaranya, lemah pandangan di mata kirinya dan kebutaan di mata kanannya akibat penyiksaan yang beliau alami ketika disoalsiasat, mengalami radang telinga yang kronik, alergik paru-paru, beberapa penyakit dan peradangan dalaman dan usus. Kondisi penahanan yang buruk yang dialami Syeikh Ahmad Yasin menyebabkan keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk yang menyebabkan beliau dipindahkan ke hospital beberapa kali. Kesihatan Sheikh terus menjadi semakin buruk disebabkan penahanannya dan tidak ada kemudahan penjagaan perubatan yang sesuai kepadanya.
Pada 13 Disember 1992, sekelompok penyerang berani mati (fida?i) dari Pejuang Katibah Izzuddin al Qassam telah menculik seorang tentera Imperialis Israel. Kumpulan itu menawarkan pembebasan tentera tersebut dengan menggantikan pembebasan As-Sheikh Ahmad Yassin dan kumpulan tawanan di penjara Zionis yang sakit, tua dan tahanan Arab yang diculik tentera Zionis dari Lubnan, bagaimanapun Kerajaan Zionis menolak tawaran tersebut dan merempuh lokasi penahanan tentera tersebut yang telah menyebabkan kematiannya dan kematian ketua unit serangan sebelum syahidnya pahlawan-pahlawan kumpulan penyerang berani mati di rumah di kampung Bernabala berdekatan Al-Quds.
Pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin
Israel telah banyak kali cuba membunuh As-Sheikh Ahmad Yassin, yang terakhir ialah pada 6 September 2003 ketika helikopter Israel mensasarkan sebuah apartmen di Gaza tempat terdapatnya As-Sheikh yang diiringi oleh Ismail Haniah tetapi beliau terselamat dari serangan tersebut.
Kemudian cubaan membunuh ini berulang lagi pada pagi 22 Mac 2004, dan pada kali ini Israel berjaya membunuhnya. Beliau gugur syahid di hadapan masjid berhampiran rumahnya ketika beliau keluar dari solat Subuh dan selepas jasadnya dihancurkan oleh peluru perpandu yang dilepaskan oleh helikopter yang mengekorinya dan beberapa orang pengiringnya.
Kejadian berlaku apabila Syeikh Ahmad Yassin hendak pulang selepas solat subuh berjemaah, sebuah helicopter Apache milik tentera Zionis telah melancarkan tiga buah roket yang telah membedil Amir Syuhada serta memusnahkan kerusi rodanya. Seluruh badannya hancur kecuali kepalanya.
Wajahnya tersenyum, seolah-olah menunjukkan betapa bahagianya saat itu. Itulah idamannya. Beliau pernah berkata :"Saya tidak takut mati syahid.Bahkan saya cintakan mati syahid.Ketika mereka inginkan saya, mereka boleh dapatkan dikerusi roda ini. Saya tidak akan bersembunyi."
Amanat Amir Syuhada’
“ Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati ( lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku ( yang perlahan ini ) . Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan ( kerusi roda ) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai panyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan . Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab , kalian diam membisu dan lemah , atau adakah kalian semua telah mati binasa. Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadapa kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun kumpulan ( daripada kalangan kalian ) yang bangkit menentang musuh-musuh allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yangn dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas… tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami. Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian. Tidak malukah Negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringkan bebanan kami.”
BACALAH dan AMBILLAH iktibar. FIKIR dan BERTINDAK!
Raihana binti Abdul Razak
Timbalan Pengerusi 1
Sekretariat Kerohanian & Perpaduan Kolej Empat Belas
Universiti Putra Malaysia

0 komentar:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment