Teguran Itu Penting
www.iluvislam.com
Oleh: Mahasiswa21
Editor: cincaugoreng
Orang yang dapat menegur orang
lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata
cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di
mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat,
di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa
menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu
berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh
Jerash,
Jordan
Teguran boleh dibahagi kepada dua
secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia
keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi
tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah,
hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut.
Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat,
ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang
dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang
tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa
besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang
berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari
daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi
biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum
kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan
hidup.
Jangan jadi seperti ketam yang
mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah
tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri
masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur,
kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian
baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar
kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain,
persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting
dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi,
kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah
merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain,
manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan
orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi
bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan
anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti
sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur
tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan
terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat!
Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari
anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
|
0 komentar:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment