Sunday, November 28, 2010

MENGAPA ISLAM

Mengapa Islam?

Mengapa kita menyeru manusia dan diri kita sendiri kepada Islam?.......

Mengapa kita menyeru orang Islam kepada Islam?, dan bagaimana menyeru orang Islam kepada Islam?.

Kita menyeru diri kita sendiri kepada islam kerana pada realitinya kita hanya mendakwakan Islam, tetapi kita belum melaksanakan dan beriltizam dengan tuntutannya didalam kehidupan kita. Kita juga belum lagi menghayati cara hidup Islam sebagaimana yang dituntut oleh ALLAH ke atas kita.

Dimanakah kedudukan Islam dalam perlembagaan kita?

Dimanakah kedudukan Islam dalam sistem pendidikan kita?

Dimanakah Islam dalam kebudayaan kita?

Dimanakah Islam dalam media massa kita?

Dimanakah Islam dalam perilaku individu dan masyarakat kita? Dan

Dimanakah Islam di dalam institusi atau agensi kita seluruhnya?

Sesungguhnya kita berada di pinggiran Islam, dari itu kita wajib kembali kepada Islam supaya kita hidup benar-benar dalam Islam serta memperolehi nikmat Islam yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ALLAH dari kita di dalam Firman-Nya:


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلٰمَ دِينًا

Bermaksud:

“ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama kamu”. (Surah Al-Maidah: 3)

Kita menyeru kepada Islam,beramal dengan Islam dan kembali memulai kehidupan menurut ajaran Islam sebenar, saling sempurna dan menyempurnakan. Kehidupan yang dipandu kembali oleh aqidah Islam, dihukum menurut syari’at Islam dan menepati akhlaq-akhlaq Islam.

Kita menghayati cara hidup Islam, menghidupkan tamadun Islam,perasaan dan emosi yang mana Islamlah yang menjadi penggeraknya serta mengikat tali hubungan antara penganutnya dengan ukhwah Islam. Kita menginginkan kehidupan Islam dan tamadun rabbani serta akhlaq insaniyyah yang universal (sejagat). Inilah yang kita serukan.

Bersambung.....

0 komentar:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates

 

Cute Orange Flying Butterfly