Pemantapan Solat
Ustazah Pabiah Hj Maming
Kuliah Fiqh
Maksud Solat
Dari segi bahasa :
Berdoa untuk kebaikan. Sebagaimana Firman Allah s.w.t :
"وَصَلِّ عَلَيْهِم إِنَّ صَلُّۈ تِكَ سَكَنٌ لَهُمۡ"
- Dan berdoalah mereka, sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. ( Surah At-Taubah:103)
Dari segi Istilah Fuqaha’:
Perkataan – perkataan dan perbuatan – perbuatan tertentu yang di mulai dengan takbiratul Ikram dan diakhiri dengan salam.
Kedudukan Solat dalam Islam
Solat merupakan ibadat yang tertinggi
- Tiada ibadat yang setanding dengannya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
الصلاة عماد الدين من أقامها فقد أقام الدين ومن تركها فقد ترك الدين
Mafhumnya: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meninggalkan agama.
Solat juga merupakan ibadat yang terawal diperintahkan oleh Allah pada malam Isra’ Mi’raj tanpa perantaraan malaikat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Solat juga merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah s.w.t, sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w :
اول ما يحاسب عليه العبد يوم القيامة الصلاة، فإن صلحت صلح سائر عمله وإن فسدت فسد سائر عمله
Mafhumnya: Amalan pertama yang akan dihisab keatas seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, jika solatnya elok maka eloklah segala amalannya, jika rosak amalannya maka rosaklah segala amalannya.
Merupakan wasiat akhir Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya
الصلاة.... الصلاة
Allah mengaitkan solat dengan ibadat – ibadat lain :
- Dengan zikir
إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر ولذكر الله أكبر و أتم الصلاة
- Dengan zakat
وأ قيموا الصلاة وأتوا الزكاة
- Dengan kesabaran
وأستعينوا بالصبر والصلاة
Islam amat mementingkan solat dalam apa jua keadaan walaupun dalam keadaan:
- Aman dan takut
- Musafir dan muqim
- Sihat dan sakit
Islam juga menekankan hukuman yang berat kepada sesiapa yang meninggalkan solat
- Orang fasik iaitu orang yang beragama islam tetapi tidak menggamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah.
- Orang kafir iaitu orang tersebut tahu akan hokum tetapi menafikan hukum tersebut maka kafir lah dia. Contohnya, seseorang itu tahu bahawa solat itu wajib akan tetapi sengaja melakukannya.
Solat menghimpunkan kelima – lima rukun islam
- Tasyahhud
- Puasa
- Haji
- Zakat masa
Orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa ingat mati dan bersedia untuk mati.
- Solat tidak boleh diswastakan ( tidak boleh minta orang lain untuk solat melainkan haji)
- Dalam keadaan darurat, dibolehkan untuk melakukan jama’ walaupun bukan musafir. Contohnya berada dalam kesesakan lalulintas.
Hikmat solat
Mengingati manusia kepada identitinya sebagai hamba Allah s.w.t
- Jangan terlalu leka dengan hal duniawi. Solat dapat memperbaharui ingatan kita sebagai hamba Allah
Jiwa manusia sentiasa merasakan bahawa tidak ada yang memberi bantuan dan nikmat yang sebenarnya melainkan Allah.
Manusia dapat menggunakan sebahagian daripada masa solat untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w :
أرايتم لو نهرا بباب أحدكم يغتسل منه كل يوم خمس مرات
Mafhumnya: maka yang demikian itu ( mandi lima kali sehari di sungai yang mengalir ) umpama sembahyang lima waktu. Allah menghapuskan kesalahan –kesalahan (dosa) dengan menunaikannya.
Solat menjadi makanan kepada akidah dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.
- Ibarat pokok yang putus bekalan air, jika kita suka menangguhkan solat.
Solat mampu mencegah daripada melakukan maksiat dan kemungkaran
إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
Timbul persoalan : kenapa orang yang solat tetapi masih melakukan maksiat dan perkara yang mungkar?
J: kita perlu muhasabah kembali solat kita
Syarat sah solat
Suci
Mengetahui masuk waktu solat
Menutup aurat
Menghadap kiblat
0 komentar:
Post a Comment