Tuesday, May 5, 2009

10,000 Mati Setahun Akibat Rokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

AKIBAT MEROKOK

Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?

Apakah kesan-kesan jangka pendek?

Apakah kesan-kesan jangka panjang?

Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan
merokok yang lain?
Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?

* Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
* Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita

Apakah kesan-kesan jangka pendek?

Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
- Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
- Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau

Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?

* Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
* Penyakit Jantung
* Angin Ahmar / Strok
* Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
* Penyakit mulut dan gusi
* Ulser (perut, peptic)
* Osteoporosis
* Kemandulan (tidak boleh hamil)
* Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
* Mati pucuk

Sumber : http://dakwah.info

2 komentar:

armouris said...

lagi info tentang barah mulut kat sini - Barah Mulut

Anonymous said...

Memang benar bahawa merokok sangat merbahaya dan perokok perlu mengambil berat tentang bahaya merokok.

Pak Ngah pernah menjadi perokok akibat daripada pengaruh rakan sebaya semasa belajar di UPM pada tahun 1977-1981. Pada masa itu rokok sangat murah harganya dan ia dihisap oleh kebanyakan pelajar lelaki. Sangat sukar berjumpa dengan pelajar lelaki yang tidak merokok pada masa itu kerana lelaki yang tidak merokok selalunya dicap sebagai pondan.

Baru-baru ini Pak Ngah berhenti merokok kerana paru-paru Pak Ngah telah diserang oleh berjuta-juta bakteria yang menyebabkan tompok putih yang tersebar luas dalam imej negatif x-ray. Doktor menasihati Pak Ngah supaya berhenti merokok dan Pak Ngah akur kepadanya.

Namun bukan senang mahu berhenti begitu sahaja. Berbagai komplikasi withdrawal symtoms berlaku. Badan yang sudah memerlukan nikotin tiba-tiba kehilangannya dan ini menyebabkan tubuh Pak Ngah jadi lemah dan senang diserang penyakit lain.

Akhirnya Pak Ngah diminta oleh doktor untuk menampal sekeping nicorret (nikotin dalam bentuk tampalan yang meresap masuk ke tubuh badan). Barulah kesan withdrawal itu menghilang. Kini Pak Ngah masih menggunakan tampalan nikotin dan insyaAllah akan berhenti terus jika Allah SWT memberikan keizinanNya.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates

 

Cute Orange Flying Butterfly