Friday, February 20, 2009

Aurat Lelaki


1. Aurat lelaki dari bawah pusat ke bawah lutut(bermaksud lutut termasuk aurat). Antara dalilnya:

Drpd Amr bin Shuayb drpd bapanya, drpd datuknya, "Sekiranya seseorang daripada kamu berkahwin dengan hamba perempuan, hamba lelaki atau pekerjanya, maka janganlah kamu melihat selain daripada apa yg di atas pusat serta lutut. Sesungguhnya apa yg di bawah pusat hingga ke lutut itu adalah aurat."[HR Daruqutni, Ahmad dan Abu Daud. Namun hadis ini dhaif]


Drpd Abi Ayyub, "Apa yg di atas kedua-dua lutut itu adalah aurat dan apa yg di bawah lutut itu juga aurat."[HR Daruqutni. Hadis ini gharib*]

*Gharib bermaksud yang asing, jauh, aneh atau susah difahami. Hadis gharib bermaksud hadis yang diriwayatkan dengan satu sanad atau hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Hadis gharib ini ada yang sahih, hasan dan juga dha’if (lemah).

Mazhab Syafi'i

1. Aurat lelaki dgn lelaki asing dan juga bukan mahram ialah antara pusat dan lutut berdasarkan riwayat berikut:

Drpd Abu Sa'id al-Khudri, "Aurat orang mu'min ialah antara pusat dan lututnya."

"Janganlah kamu mendedahkan pahamu dan jgnlah kamu melihat paha org yg hidup dan mati."[HR Malik, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi]

Pendpt yg sahih di kalangan mazhab syafi'i, pusat dan lutut itu bukan aurat. Dalilnya:

Drpd Anas ra bhw di dalam perang Khaibar, Rasulullah saw telah terkoyak kain pada pehanya, sehingga aku ternampak keputihan pehanya.[HR Ahmad dan al-Bukhari]

Tetapi diwajibkan menutup sebahagian dr lutut dan pusat itu bagi memenuhi tuntutan menutup aurat itu. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah;
'Apa saja yg wajib tidak menjadi sempurna melainkan dgnnya, ia menjadi wajib"

Mazhab Maliki

Aurat terbhg kpd 2:
1. Aurat berat(Mughalazah)
Lelaki: kemaluan dubur dan hdpn.
Perempuan: seluruh tubuhnya kecuali kaki, tangan, dada dan bhgn belakang setentang dada.
hamba perempuan: kedua2 punggung dan yg terdpt antaranya spt dubur.

2. Aurat ringan(mukhafafah)
Lelaki: selain aurat berat, iaitu antara pusat dan lutut

Drpd Anas ra bhw di dalam perang Khaibar, Rasulullah saw telah terkoyak kain pada pehanya, sehingga aku ternampak keputihan pehanya.[HR Ahmad dan al-Bukhari]

Mazhab Hanbali

1. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Tetapi pusat dan lutut itu bukanlah aurat etapi hanyalah batas aurat seperti mana pendapat Syafi'iyyah. Dalilnya juga sama spt yg dilampirkan sblm ini.

Tetapi dalam sembahyang, bagi hanbaliah, wajib bahu ditutup sebelah berdasarkan dalil berikut:

Drpd Abu Hurairah bhw Rasulullah saw bersabda, "Jgnlah ada antara kalian mengerjakan solat dgn satu kain tanpa ada sesuatupun apapun di atas bahu."[HR Bukhari, Muslim dan lain2]

Org lelaki juga ketika sendirian diwajibkan menutup aurat berdasarkan dalil yg diberikan sblm ini.

Wallahualam.

Mohd Badrulhisyam Adnan
Ex-officio Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Empat Belas
Universiti Putra Malaysia

0 komentar:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates

 

Cute Orange Flying Butterfly