Sunday, January 4, 2009

Hari Asyura (10 Muharam)

Dari Abu Hurairah .a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar .a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)


Dari Abu Qatadah Al-Anshari .a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah .a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa .a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas .a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada Hari Asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita merek. (Sahiha memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu"
Muslim)

Dari Ibnu Abbas .a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada har i asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada Hari Asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Puasa hari `Asyura', Tasu`a' dan kesebelas Muharram. Puasa hari `Asyura' ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu`awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu `anhuma berkata. Aku mendengar Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Ini adalah hari `Ayura' dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari) Hikmat berpuasa pada hari `Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu `anhuma berkata:

Maksudnya: "(Tatkala) Nabi Shallallahu `alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari `Asyura'. Baginda bersabda: "Apakah ini?" Mereka menjawab: "Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari) Kelebihan berpuasa di hari `Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:

Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari `Asyura'? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim) Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari `Asyura', berpuasa pada hari Tasu`a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu `anhuma berkata:

Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa pada hari `Asyura' dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Wahai Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari `Asyura` itu hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, insya Allah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan"

Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim) Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatka dan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek:

1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu `anhu berkata, Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Hadits riwayat Ahmad)

2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.

3. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari`Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Wallahu A'lam.

Hadis Aisyah .a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu, dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan disebabkan musibah tersebut."

Sumber : http://www.ukhwah.com

0 komentar:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates

 

Cute Orange Flying Butterfly