Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam, bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang-orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:
Tanda 100 hari sebelum hari mati:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan lazimnya berlaku selepas solat Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut bergetar-getar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati:
Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan dan mula membuat persediannya ke atas kita, antaranya ialah malaikat tersebut akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang dipilih ini akan merasakan seolah-olah akan menjadi bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma satu tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang dicabutnya.
Tanda 7 hari sebelum hari mati:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba dia berselera untuk makan.
Tanda 3 hari…
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika melihatnya dari sisi. Telinga akan layu dimana hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari…
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak sempat untuk menemui solat Asar pada keesokkan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku dimana kita akan merasakan satu keadaan ynag sejuk di bahagian pusat dan kemudian turun ke pinggang dan naik pula ke halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri untuk menantikan ke datangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Raihana binti Abdul Razak
Timbalan Pengerusi 1
Sekretariat Kerohanian & Perpaduan Kolej Empat Belas
Universiti Putra Malaysia

0 komentar:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment