Qaradhawi,seorang ilmuan Islam kelahiran Mesir yang kini berhijrah dan menetap di Qatar lantaran meneruskan agenda perjuangan memartabatkan Islam. Beliau merupakan lepasan Universiti Al-Azhar sehingga mencapai tahap dukturah (doktor) dalam bidang pengajian Islam. Beliau adalah seorang insan yang lahir dari "intitusi" tarbiah Ikhwanul Muslimin di Mesir dan kini muncul sebagai tokoh yang disegani kawan dan lawan. Di dalam Ikhwanul Muslimin sendiri beliau telah diiktiraf sebagai mufti bagi jemaah tersebut di mana pandangan serta fatwa beliau diambil kira oleh para ikhwani. Pada hakikatnya,bukan sahaja aktivis Ikhwanul muslimin sahaja yang mengambil faedah dari limpahan ilmu beliau bahkan seluruh dunia, timur dan barat mengkagumi pandangan-pandangan ilmiah beliau. Kehebatan yang ada pada diri beliau ini tidak lain dan tidak bukan datang melalui manhaj yang beliau ambil dan lalui dalam mempelajari Islam dan mengajarkannya. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang gemar mengambil jalan ataupun manhaj yang sederhana dan pertengahan yang dikenali sebagai manhaj wasatiyyah dalam persoalan-persoalan agama.
Al-Qaradhawi dan manhaj wasathiyyah (sederhana / pertengahan).
Di dalam banyak hasil penulisan, beliau sering menyebut mengenai manhaj wasathiyyah. Secara khususnya, beliau menyentuh mengenai persoalan ini di dalam kitab beliau yang berjudul Dirasah Fi Fiqh Maqasid as-Syari'ah Baina al-Maqasid al-Kuliyyah wa an-Nusus al-Juz'ieyyah[1]
1) Golongan yang dikenali sebagai madrasah az-Zohiriah al-Judud[2]. Golongan ini diberi nama sebagai madrasah Zohiriah al-Judud (zohiri gaya baru) kerana sikap mereka yang mewarisi ciri-ciri puak zahiri pada masa terdahulu. Golongan ini seringkali mengabaikan aspek Maqasid Syariah dalam hal memahami nas ketika proses istinbat hukum syara' (walaupun kebiasaaannya mereka ini terdiri daripada golongan yang ikhlas dalam beragama) sehingga kadangkala membawa mudharat terhadap usaha dakwah kearah Islam dan usaha tatbiq (pelaksanaan) Syariah.
Menurut beliau, golongan ini mempunyai ciri-ciri khas yang dapat dilihat pada mereka, antaranya ialah memahami dan mentafsir nas secara harfiah(حرفية الفهم و التفسير ) tanpa melihat dan mengkaji nas tersebut secara lebih mendalam (bagi mengetahui maksud sebenar nas2 tersebut). Sebagai contoh, adalah sikap syadid mereka dalam menanggapi hadith-hadith mengenai balasan neraka terhadap [مسبل الازار )[3]. Golongan ini menjadikan illah di sebalik balasan buruk tersebut adalah semata-mata melabuhkan kain melebihi buku lali (iaitu mereka semata-mata melihat kepada zahir hadith, di mana orang yang berpakaian labuh melebihi buku lali diberi balasan neraka). Tidakkah mereka melihat kepada illah yang terdapat disebalik janji buruk ini yang berkaitan dengan hati? Iaitu riak dan sombong(الخيلاء) sepertimana yang jelas dan sarih terdapat di dalam hadith2 lain[4] , yang mana Islam mengambil berat terhadap permasalahan maksiat hati ini, (walaupun tanpa mengabaikan adab-adab yang zahir), namun tidaklah sehingga sampai ketahap balasan neraka kepada orang-orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali (akan tetapi balasan buruk ini mungkin terjadi terhadap pelaku-pelaku maksiat hati seperti sombong, riak dan bongkak itu).
Seringkali juga kita lihat fenomena masakini dimana banyak kita lihat orang-orang yang sombong dan riak akan tetapi dengan memakai seluar yang singkat dan ketat seperti yang dapat kita lihat pada golongan "skin" dan lain-lainnya pada hari ini. Dalam kes ini,golongan ini tidak melihat kepada hadaf/maksud asasi Syariah (yang lebih aula utk diberi perhatian) bagi hadith-hadith tersebut iaitu memelihara insan dari maksiat/jenayah hati (sombong, bongkak dan sebagainya), sebaliknya mereka berpada dengan zahir nas (iaitu semata-mata melabuhkan kain melebihi buku lali, sehingga kadangkala dapat kita lihat sesetengah daripada mereka ini begitu syadid membanteras orang-orang lain yang berpakaian sedemikian walaupun pakaian tersebut sebagai contoh adalah uruf di sesuatu kawasan dan ia tidak dipandang sebagai sikap sombong).
2) Golongan yang dikenali sebagai madrasah Al-Mu'attilah al-Judud[5]. Golongan ini merupakan lawan terhadap golongan yang pertama. Seandainya golongan pertama itu tadi adalah golongan yang mengabaikan maqasid syariah dengan semata-mata berpada dengan zahir nas, maka golongan yang kedua ini pula adalah golongan yang semata-mata bergantung kepada maqasid dengan mengabaikan serta memperlecehkan tuntutan nas, hatta walaupun nas itu merupakan nas-nas yg bersifat qat'iyatu thubut wa dilalah[6] .
Golongan yang kedua ini lebih berbahaya dan lebih mendatangkan mudharat keatas Islam lantaran kejahilan mereka dalam berkomunikasi dengan nusus Syar'i. Mereka begitu berani menafikan keabsahan serta ketetepan Allah (baca: memerangi) dan Rasulnya yang jelas di dalam Al-Quran dan As-Sunnah seperti ketetapan solat dan puasa, hukuman had, keharaman riba, arak serta zina dan sebagainya atas nama maslahah. Mereka menyatakan bahawasanya mereka dapat mencapai maksud-maksud syarak tanpa perlu menjalankan perintah-perintah yang bersifat jazam (pasti/tetap) itu. Sebagai contoh mereka menghalalkan zina atas alasan mereka mampu mengatasi masalah kandungan luar nikah (kempen menggunakan kondom) serta menghalalkan riba atas alasan memajukan ekonomi negara serta tanpa mengabaikan kebajikan golongan miskin (dengan kononnya mengatakan bahawa golongan kapitalis juga sering melakukan aktiviti kebajikan).
3) Golongan yang ketiga adalah merupakan golongan yang diperjuangkan oleh Sheikh Yusof Al-Qaradhawi yang dikenali sebagai madrasah al-wasathiyyah. Golongan ini merupakan golongan yang pertengahan, sederhana dan seimbang dari kemelampauan golongan az-zohiriah al-judud terhadap nas, dan perlecehan golongan al-muattilah al-judud terhadap nas. Golongan ini memahami nusus dengan cara yang sewajarnya dan kaedah yang ideal dalam melaksanakan tuntutan syara'.
Antara ciri-ciri khusus yang dapat dilihat pada golongan ini adalah mereka meyakini wujudnya hikmah Syariah yang mana ianya mengandungi segala bentuk kemaslahatan bagi tujuan manusia hidup di dunia ini. Justeru mereka tidak sama sekali mengabaikan tuntutan-tuntutan syara' yang bersifat jazam dan pasti serta berusaha sedaya upaya melaksanakan tuntutan nas sesuai dengan keadaan zaman serta waqi' sesuatu tempat sehinggalah tercapainya maksud-maksud yang dikehendaki oleh syara' secara sempurna.
Wallahua'lam.
Nota kaki:
[1] Maqasid Syariah: Hikmah/Hadaf Syariah. Maqasid yang dimaksudkan oleh Qaradhawi dalam kitab ini bukanlah bermakna illah yg dibincangkan oleh para usuliyin dalam perbahasan Qias, akan tetapi ianya adalah hikmah serta maksud dan tujuan Syariat diturunkan kepada manusia dan alam sejagat, sebagai contoh yang disebut oleh sheikh, antara maqasid (tujuan/maksud) asasi syariah ialah;
1)Membina insan yang soleh
2)Membina institusi kekeluargaan yang solehah
3)Membina institusi kemasyarakatan yang solehah
4)Membina ummah yang solehah
5)Menyeru kepada kesejahteraan manusia sejagat
[2] Menurut beliau,golongan ini terbahagi pula kepada beberapa golongan(mengikut kecenderungan mereka). Sebahagian mereka ada yang lebih kepada persoalan keagamaan ( yang disebut contoh oleh beliau sebagai;
[3] Contoh Hadith :
[4] Contoh Hadith :
[5] Antara fenomena kemunculan golongan ini adalah kelahiran kumpulan yang dikenali sebagai Islam Liberal.
[6] Nas Qat'iyyatu thubut bermaksud nas yang secara pasti(thabit) datang dari Allah dan Rasul,manakala Qat'iyyatu Dilalah bermaksud nas yang secara jelas tuntutan/maknanya tanpa boleh diihtimalkan (diandaikan) kepada maksud yang lain. Contoh nas yang bersifat Qat'iyyatu thubut wa dilalah ialah ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan keharaman zina, arak, riba, serta kewajipan hukuman had kepada pencuri dan lain-lain lagi.
عن أبي هريرة(( ما اسفل الكعبين من الازار فهو في النار)) رواه البخاري في اللباس (5787 (Pelajaran dalam Ilmu Feqh Maqasid Syariah: Antara Maqasid yang kulli dan Nas-nas yang juz'i). Beliau menerangkan mengenai satu hakikat penting dan asasi dalam mempelajari dan memahami nas-nas dan masdar (sumber ambilan) istinbat hukum Syara' (iaitu Al-Quran,Hadith dll) iaitu hakikat bahawasanya terdapat ikatan yg kukuh di antara maqasid syariah[1] dan nas-nas. Menurut beliau, manhaj umat Islam dalam menghubung jalinkan antara maqasid syariah dan nas-nas ini terbahagi kepada tiga golongan, iaitu : من جر ثوبه خيلاء لم ينظر الله اليه في يوم القيامة) رواه البخاري في اللباس (5784) عن عبد الله بن عمر) مثل كثير من الدعاة التيار السلفي , الذي أصبح له أجنحة شتى . و خصومهم ممن يسمون الأحباش yang bermaksud; contohnya adalah kebanyakan dari duat yang menisbahkan diri mereka sebagai salafi, yang mana bagi golongan ini (salafi) juga terbahagi kepada beberapa pihak. Dan seteru mereka adalah yg dikenali sebagi al-Ahbasy) dan sebahagian yang lain ada yang cenderung kepada aspek siasah (politik) (yg disebut contoh oleh beliau sbg; مثل جماعة حزب التحرير yang bermaksud; contohnya ialah jemaah hizbuttahrir)
Ustaz Muhammad bin Abdul Razak
Universiti Al-Azhar As-Syarif,
Kaherah, Mesir
Sumber : http://iluvislam.com

0 komentar:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment