Sunday, December 14, 2008

31:14



'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).' (Luqman,31:14)

'Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.' (Luqman,31:15)


Cukupkah segala apa yang kita telah lakukan sehingga saat ini? Sekiranya ibu mu dikembalikan kepada yang Haq tika ini, sudah cukupkah kasih sayang dan penghargaan kita sebagai seorang anak kepada ibu yang telah susah payah melahirkanmu?

Cukup kerapkah panggilanmu kepada ibu bapa mu tika engkau berada di perantauan,walau pun sesibuk mana dirimu? Yakinlah ibu bapa mu tidak pernah melupaimu walaupun sedetik tika mereka sentiasa mendoakan keselamatanmu!

Berhakkah engkau memarahi dan berasa kecil hati terhadap ibu bapamu? Yang telah bertarung nyawanya demi melahirkan mu? Yang sanggup berlapar dan bersusah payah membesarkan mu? TIdak sekali pernah mereka mengeluh dan melalaikan mu walau engkau sentiasa merungut dan menyatakan ketiadakpuasan mu,berhakkah engkau wahai insan yang bernama anak?

Sungguh manusia itu tidak pernah menghargai apa yang berada di hadapan matanya, ayuhlah sahabat, buat peringatan diri ini terutamanya, marilah kita sama-sama memperbaiki diri menjadi anak yang soleh dan solehah. Menjadi permata keluarga dan pembimbing ibu bapamu ke syurga nanti. Agar tiada sesalan buat diri, pabila tiba waktu yang pasti bagi setiap hamba-hambaNYA yakni saat kematian.

Sumber : http://www.iluvislam.com

0 komentar:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates

 

Cute Orange Flying Butterfly